MATLAMAT BERITA HAIRAN

Matlamat
Actually matlamat BERITA HAIRAN adalah untuk menggabungkan penulis-penulis blog sedia ada dan anda hanya perlu menyumbangkan sekurang-kurangnya satu berita sebulan.. topik apa sahaja asal ia menghairankan korang. Aku sekarang sedang siapkan terma dan syarat untuk menulis di blog ni.

Apa yg korang dapat?
Jawapan : takde apa-apa, cuma aku akan bagi ruang iklan banner 200 X 75 (macam banner RAK yang ada tu) untuk promote blog korang ke... produk korang ke... apape2 jea la, dan nama korang yang ada di SIDANG REDAKSI akan dibuat link terus ke blog korang. Secara tak lansung kita membentuk satu komuniti kecil yang mempromosi sesama.. sesekali boleh laa buat gathering.. aku belanja air suam tarik.

Kenapa pilih topik HAIRAN?
Jawapan : sebab aku nak fokus perkara khusus(niche), yang mungkin tak dapat di blog lain, banyak blog memasukkan berita ROJAK atau mungkin termasuk atau diluar topik aku...(HAIRAN) so.. ia boleh menjadi alternatif kepada mereka yang suka berita yang sedikit berbeza.. dan cara penulisan pun aku cuba buat cara slamber dan bersahaja.. macam korang sembang kat kedai kopi jea. Kalau korang nak jadi penulis sebulan hanya satu berita hairan jea aku ndak. Kalau korang tak pernah hairan seumor hidup.. korang just jadi pembaca jea laa.

Kenapa tak buat berita TEKNOLOGI?
Jawapan : sedang dalam proses..
Macam-mana nak apply jadi PENULIS?
Jawapan : aku sedang buat.. terma dan syarat serta borang permohonan, tapi kalau korang dah minat sangat (macam ada sorang mamat ni... sebok nak tulis pasal perkara PARANORMAL..) korang boleh email aku kat.. berita-hairan@yahoo.com. Hanya 25 penulis sahaja yang aku ndak..

kalau ada benda lain lagi korang nak tanya... tanya laaa.. kat email tuh.